Sunday, September 5, 2010

KAJIAN KES : ASAL USUL KAMPUNG CHABANG EMPAT, TUMPAT KELANTAN

Sumber : Hjh. Mek Binti Adam, Lot 1760, Jln Peng Kubor, Chabang 4, 16210 Tumpat.
Oleh : M. Firdaus


~ Asalnya persimpangan jalan utama antara Pasir Mas - Tumpat, Wakaf Bahru - Bunohan-Pengkalan Kubor

~ Jalan denai lembu kerbau yang dikelilingi tanah-tanah ran (tanah pertanian yag ditanam dengan pelbagai sayuran secara bergilir-gilir)

~ Nama Tok Mek Ngah ini pula adalah sempena nama seorang peniaga goreng pisang dan air batu cendol yang juga merupakan isteri kepada seorang pemilik tanah utama kawasan ini iaitu Che Wan Daud.

~ Tok Mek Ngah ini sebenarnya berasal dari Muar, Johor.

~ Nama Chabang Empat Tok Mek Ngah ini cukup dikenali oleh peniaga-peniaga (tok pra'eh) yang sering lalu-lalang diantara Tumpat - Pasir Mas

~ Semasa pembinaan jalan raya baru (projek naik taraf jalan kampung), para pekerja kontrak cukup mengenali keenakan goreng pisang dan air batu cendol Tok Mek Ngah ini sehingga ia menjadi satu trademark/landmark bila bercerita kepada pihak ketiga.

~ Setelah jalan raya Tumpat - Pasir Mas (naik taraf) dan Wakaf Bahru - Bunohan (jalan baru), Kampung ini (persimpangan) menjadi semakin maju dan banyak rumah kedai didirikan di sepanjang jalan.